BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 3 February 2011

Aku?

Salam pagi Jumaat..Hujan membasahi bumi Kunak sejak subuh tadi. Sifat rahman dan Rahim-NYA melimpahkan 'hujan' barakah kepada semua makhluknya..Moga terus damai bumi tercinta ini..Amin

Terus bertanya, siapa kita?

Kutulis 'monolog' di awah untuk diriku dan dirimu..jawab pada diri sendiri, siapa kita sebenarnya?Ahmad Latif



Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul'Aalamin ,Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri..

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat..

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya..

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan..

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu..

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya..

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya..

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi (Wahai Tuhanku) Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman..

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya..

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini..

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta..

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi..

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan..

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya..

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperduli akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu..

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang. kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya..

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan..

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua..

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik..

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang..

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya..

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah orang yg bijak?
Orang yang bijak ialah orang yang mengambil pengajaran dari mutiara kata di atas dan juga dia akan menyampaikan pula pada orang lain..

p/s Aku pun siapakah?

Sunday 10 October 2010

Pengumuman PENTING!!


Sambutan Hari Puteri yang dijadualkan berlangsung 16 Oktober 2010 telah ditunda pada ketetapan di bawah :
Tarikh :23 Oktober 2010 (Sabtu)
Masa :6.45 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : SMK Madai
Tema : Puteri Berakhlak Penjana Masyarakat Gemilang

Sehubungan dengan itu, mesyuarat akhir akan diadakan pada ketetapan berikut : 

Tarikh : 15 Oktober 2010  (Jumaat)
Masa : 1.45 – 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Madai, Kunak
Agenda mesyuarat : Persiapan Akhir Sambutan Hari Puteri 2010

p/s Surat lantikan dan kehadiran mesyuarat telah diedarkan kesemua sekolah. Kehadiran anda amat diharapkan..(^_^)

Sunday 26 September 2010

Meeting Hari Puteri kali ke 3

Mesyuarat Persiapan Hari Puteri akan diadakan pada ketetapan berikut

Tarikh : 29 September 2010
Hari : Rabu
Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kunak
Masa : 1.45 hingga 4.00 petang
Agenda : Persiapan akhir Sambutan Hari Puteri Daerah Kunak

p/s Kepada semua guru penasihat, anda dikehendaki membawa borang penyertaan aktiviti (bagi yang belum menghantar sahaja)

Sunday 25 July 2010

Penyelaras Aktiviti Sambutan Hari Puteri 2010

Hari Puteri Peringkat Daerah Kunak dirancang akan diadakan pada 7 Ogos 2010. Mesyuarat terkini akan diadakan pada 28 Julai 2010 (Rabu) bertempat di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kunak pada pukul 2 petang. Penyelaras aktiviti dikehendaki membuat laporan aktiviti yang bakal dilaksanakan semasa mesyuarat diadakan. Penyelaras aktiviti adalah seperti berikut :

a.             Kawad                                             SMK Kunak Jaya
b.            Nasyid                                              SK Giram
c.             Gubahan Bahan Terbuang                 SK Kg Selamat
d.            Gubahan Hantaran                            SK Lormalong dan SK Madai
e.             Memasak                                         SK Mostyn dan Phai Sheng
f.              Marhaban                                         SMK Kunak
g.             Busana Muslimah                              SMK Madai
h.             ICT                                                  SK Skim Kokos
i.               Permainan Tradisional                       SK Pangi dan SK Tg Keramat

p/s Sila pastikan borang dan syarat penyertaan disediakan sekali


Saturday 15 May 2010

Pahala Sebanyak Bintang di Langit

Segala puji hanya bagi Allah..Pencinta Agung

 

Mari telusuri kisah teladan ini, antara pemimpin agung sebagai seorang suami bersama isteri tercinta yang Saidatina Aisyah r.a..

Suatu malam Baginda Rasulullah SAW dan istrinya Saidatina Aisyah r.a. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah SWT. Saidatina Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW

"Ya Rasulullah SAW, pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu" Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.a. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala bapaknya.

"Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah SAW.

Sayidatina Aisyah r.a. terkejut, lalu ia bertanya

"Ya Rasulullah SAW bagai mana dengan bapakku?". Rasulullah SAW tersenyum kepada istrinya sambil Beliau SAW berkata, ketahuilah istriku, satu hari penghijrahan Abu bakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat.

Wednesday 28 April 2010

Wanita Ibarat Bunga

Hati seorang Wanita  ~ 23 Disember 2005 ~


Imagehosting at Imageloop

"Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita  yang solehah." (HR Muslim)

Wanita ibarat bunga...
cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara...
Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang  mulia akhlaknya...
Kerana akhlaq wanita ibarat bunga diri..
Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk..
Tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu...

Ibarat bunga..
ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya...
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang  menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata  kasar..
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi  nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat dipandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.

Kerana itulah...

Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah...
Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang bersemangat.. sebagai isteri, dia menjadi isteri Yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih  sayang...
Dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya.

Allah swt berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 24 yang ertinya:

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun
wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." 

Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya.
Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas dan kewajiban yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, tujuan hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Allah telah berfirman,

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki
mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." (QS. An-Nisaa: 124)


Rasulullah juga turut memerintahkan umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabdanya: 

"Mereka yang paling sempurna di kalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya." (HR At-Tirmidzi)

Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya: 

"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang tengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim.

Nilai wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang
diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. 

p/s Bertuahnya menjadi wanita..penyejuk di mata, penawar di hati. Dunia miliknya, akhirat pun miliknya..

Thursday 11 March 2010

Kenapa HARAM?



Related Posts with Thumbnails
p/s Sudah terang lagi bersuluh..